halaman

Saturday, January 29, 2011

Piala Sumbangsih 2011:TRW vs TRG

KELANTAN berharap meneruskan momentum kejayaan menjulang Piala Malaysia musim lalu dengan mengatasi Selangor pada perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah malam ini yang juga antara tujuh perlawanan pembukaan Liga Super 2011.

Kapten The Red Warriors, Mohd Badri Radzi (piya) berkata, mereka mahu mencari kemenangan pada perlawanan itu bagi memastikan rentak pada saingan Liga Super dikecapi secepat mungkin.

“Pada musim lalu kami mencatatkan keputusan seri dengan Terengganu pada perlawanan pertama dan seterusnya menjadi naib juara Liga Super. Tahun ini kami akan memberikan aksi terbaik untuk mencari kemenangan pertama terutamanya pada aksi di Stadium Shah Alam,” katanya yang kembali diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan selepas ketiadaan Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke T-Team.

Tambah pemain tengah itu, semangat rakan sepasukan turut membara dengan situasi yang menimpa pasukan itu namun tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan jurulatih baru, Datuk M Karathu ( Datuk K) malah bekas jurulatih Perak itu mungkin menerapkan corak permainan dilaksana bekas jurulatih, B Sathianathan.

“Kami juga memperoleh kombinasi terbaik dan tahap permainan di kalangan pemain selepas mengharungi lebih 10 perlawanan persahabatan termasuk perlawanan terakhir ketika mengatasi Perlis 2-0 sebelum ini,” katanya.

Kelantan yang dijangka turun dengan sokongan puluhan ribu peminat bakal menyandarkan harapan kepada dua pemain yang dianggap antara nadi kemenangan skuad kebangsaan di Piala Suzuki AFF tahun lalu iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (apex) dan penyerang lincah, Norshahrul Idlan Talaha (mat yo).

Malah, benteng pertahanan The Red Warriors turut diperkuat dengan kembalinya pemain berpengalaman, Wan Rohaimi Wan Ismail selain dua pemain sayap K Soley dan Nurul Azwan Roya yang digandingkan dengan beberapa pemain muda berbakat seperti Mohd Nizab Ayub dan Ramzul Zahini Adenan.

pix_gal0

Dua wira harumkan negara kini jadi 'musuh' 

ULASAN LBKM:
 harap2 buleh mene la male niii

No comments:

Post a Comment